Artikel ini menerangkan kepentingan menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat.
Tahap kesihatan yang baik
Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan.
Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.
Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol. Ini adalah salah satu faktor kepentingan menjaga kesihatan.
Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan
Seterusnya, gaya hidup sihat juga adalah salah satu kepentingan menjaga kesihatan yang menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.
Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan.
Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya.
Mendisiplinkan masyarakat
Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar.
Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.
Hubungan Menjaga Kebersihan Diri Dengan Menjaga Kesihatan
Kebersihan dan kesihatan mempunyai hubungan yang sangat kuat, dengan menjaga kebersihan diri, anda sebenarnya telah menjaga kesihatan anda. Seperti yang kita tahu, apabila kita menjaga kebersihan diri, pelbagai penyakit dapat dijauhi dan dihindari.
Selain itu, dengan menjaga kebersihan diri, keadaan mental anda akan lebih positif kerana kebersihan juga mempengaruhi mood dan psikologi kita. Apabila mood dan psikologi kita positif, ianya adalah satu tanda kesihatan mental yang baik. Oleh itu, anda perlu menjaga kebersihan diri kerana ianya memberi kesan dalam menjaga kesihatan anda samada jasmani atau pun mental.
Kepentingan Menjaga Kesihatan
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor penting dalam membincangkan kepentingan menjaga kesihatan. Kita menjaga kesihatan bukan sekadar untuk sihat secara luaran dan dalaman, malah dengan menjaga kesihatan, kita sebenarnya memberi kesan kepada masyarakat, organisasi dan banyak lagi kerana kesihatan kita sangat mempengaruhi produktiviti kita.